Friday, February 26, 2010

MCM MANA KALAU RASULULLAH S.A.W MASIH HIDUP?


Bayangkan kalau Rasulullah S.A.W dgn izin Allah,masih hidup dan tiba2 muncul dan mengetuk pintu rumah kita. Baginda dtg dgn tersenyum dimuka pintu. Apa yg akan kita lakukan?

Sudah semestinya kita rasa amat bahagia, memeluk baginda seerat-eratnya.. KEKASIH ALLAH DATANG KE RUMAH! Lalu kita mengajaknya masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentu meminta agar baginda sudi menginap di rumah kita. Lantas baginda tersenyum...

Tapi mungkin, kita terpaksa memintanya pula tnggu sebentar di muka pintu kerana kita baru teringat CD 18x dan koleksi movies di ruang televisyen, lalu kita tergesa2 memindahkannya. Baginda tersenyum melihat kelakuan kita...

Dan kita membuka siaran televisyen. Kebetulan, berita memaparkan masyarakat Islam ditindas dan diperangi di seluruh dunia. Bayi yg baru dilahirkan dibunuh, masalah sosial, anak luar nikah terus ditayang. Kita terasa amat malu, kita menutup siaran tersebut. Baginda melihat dan masih tersenyum...
Barangkali kita teringat anak2 kita lebih menghafal lagu2 barat dari selawat kpd nabi. Mereka memuja dan memasangnya dgn kuat sehingga menganggu Rasullulah bemunajat. Baginda tersenyum melihat anak2 kita...

Apabila Rasullulah hendak bersolat, baginda menanyakan tempat solat dan arah kiblatnya. Dengan segan silu kita terpaksa mengemas bilik stor utk dijadikan ruang solat. Lantas baginda menolong kita mengemas sehingga basah jubahnya. Akhirnya selesai, dan baginda tersenyum kepenatan melihat kita...

Kita juga malu bahawa anak2 kita tak mengenali langsung siapa Rasulullah,tapi amat mengenali artis2 yang menjadi idola mereka. bagi mereka, Rasulullah sama sahaja dgn tetamu yg lain. Baginda tersenyum melihat telatah anak kita...

Barangkali kita baru teringat anak perempuan kita tidak memiliki pakaian yang sesuai utk berhadapan Rasulullah, hanya t-shirt ketat,seluar pendek dan jeans yg melekat di tubuh mereka. Tudung sudah tiada di kepala,hanya rambut pelbagai fesyen ditayang. Baginda hanya mampu tersenyum...

Barangkali kita malu kerana apabila azan maghrib dilaungkan, keluarga kita sibuk di hadapan komputer,Tv, dan bergayut di telefon. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tak pernah menjalankan solat jemaah, atau qiamullail bersama. Alangkah malunya baginda mengetahui kita tidak  menjejakkan kaki dimasjid saat azan dilaungkan. Kita hanya solat bersendirian. Anak2 lelaki kita pun hanya melihat masjid ketika solat jumaat,itupun seminngu sekali. malah, kita memberi pelbagai alasan kepada baginda setiap kali baginda mengajak kita berjemaah. Bersendirianlah baginda bersolat. Baginda tersenyum melihat kita...


Seandainya baginda masih hidup,
masihkah baginda mampu tersenyum??
senyum pilu, senyum sedih, senyum getir....
Oh, betapa malunya kita.

aku pun tak perfect utk bercerita ini semua.
hanya utk kesedaran kita bersama.
A MESSAGE FOR YOU, ME & ALL UMMAH.

0 899 ohsemm people!:

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)