Sunday, March 21, 2010

budak kecik itu.

MUHAMMAD IZZAT FAEZ.
nama diberi.

dilahirkan pada 24.APRIL.2008.
jam : 1.30 tgh hari.


izzat adalah kejutan dlm hidup kami sekeluarga.
miracle baby :)
byg kan umurku 17, ana 13, alan 11..
setelah sekian lama kehadiran budak kecik ni amat mengejutkan.

teringat saat mama memberi tahu dirinya berbadan dua.
aku anggap itu satu gurauan.tak mungkin akan hadir lagi seorang anggota keluarga setelah sekian lama?

aku bertanya kpd ayah.ayah juga tidak tahu.
ohh rupanya mama ingin membuat kejutan kpd ayah.
ayah hanya mampu tersenyum dan mengucap alhamdulillah.
rezeki bertambah,ayah kata.

kasihan melihat mama menaggung kesakitan semasa mengandungkan izzat.
di umur 40 thn mengandung,amat lah sakit.
tiap2 malam mama tidak pernah tidur lena selama 9 bln.
baru aku faham keadaan org mengandung.
sakit, pedih, allah ja yang tahu.

kami 3 beradik mmg tak sabar menanti kehadiran baby baru.
semangat sungguh membeli baju comel2.
dah tahu baby boy.beli baju biru banyak.
stroller biru,toys byk2.budak kecik ni bertuah.benda semua baru.

perut mama semakin hari semakin besar.
boleh nampak urat2 biru & hijau.cekang nya perut mama.
takut.
selalu bertanya kpd mama.tak sakit ka?
mama cuma kata, mesti sakit.tapi tahan la.

tiba saat mama dah sakit amat sangat.
awal pagi 24.4.08, mama rasa dah lain mcm.
ayah terus membawa mama ke PPU A.STAR. sekarang KMC
aku menjaga ana & alan di rumah.
kami bertiga tidak ke sekolah.
kami hanya mampu berdoa mama & baby selamat.

tepat pukul 2.00 ptg,
ayah telefon.
ya,alhamdulillah.
adik dah selamat.mama pun selamat.
mama bersalin pukul 1.30 ptg.
bersalin cara caesarean.kaedah normal ada masalah.

kami bertiga bersiap nak ikut tok & wan.
mereka membawa kami ke PPU.

malangnya,sedih.
kami tak dapat menatap wajah adik kecik kami.
ada komplikasi pada paru2,dan sedikit kuning.
sedihnya kami.
mama insan yang paling sedih.tak dapat memegang lagi baby.
mama tak dapat menyusu izzat selama 10 hari.
ya allah.kasihan izzat.
ketika labour, beratnya 3.6 kg.
selepas 10 hari, beratnya 2.8 kg sahaja.
dari PPU,izzat dipindahkan ke HOSP. SULTANAH BAHIYAH.
kerana kekurangan pakar di PPU katanya.

perasaan mama hanya tuhan yg tahu masa itu.
terpaksa berpisah dengan anak yang tak pernah dipegang, tidak disusui.

alhamdulillah.
izzat boleh dibawa pulang.
gembiranya kami.
saat budak kecik tu masuk ke dalam rumah,
kami hanya melihatnya,tidak berani menyentuh.
kecik sgt tgn & kakinya.
izzat asyik tidur.maklumlah baby.
tidur lebih dari jaga.

pengalaman berharga apabila aku belajar menukar lampin.
membancuh susu.
mengacah izzat.
seronok sangat.

izzat menguatkan ikatan kami sekelurga.
tanpa izzat,kami mungkin membuat hal masing2 sahaja.

mama amat syg izzat.
cemburu juga bila mama memntingkan dia sepanjang masa.
sehinggakan nyamuk seekor pun tak boleh menyentuhnya.
tapi tak perlu cemburu aku rasa,
kerana mama juga membuat begitu semasa kami baby.

terima kasih allah.kerana memberi seorang ibu yg penyayang.

4 minggu lagi.
akan genap umur izzat 3 tahun.
cepatnya masa berlalu.

budak kecik wangi dah menjadi budak masyam ;)

budak yg selalu duk diam itu dah menjadi budak buas.

budak comel itu dah menjadi semakin comel.

budak montel itu dah menjadi semakin gemok.


kakak sayang izzat.
terima kasih mama, for became the most beautiful,caring mother for us.





kakak nak balik dahh.
besday ijat kakak promise buat kek ok?

0 899 ohsemm people!:

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)