Thursday, November 11, 2010

142 - BAHAGIAN SATU

Tak da kena mengena dengan yang sudah mati.harap maklum.

Perempuan tu, A, seorang pelajar yang suci, tak nerd sangat,tak sosial sangat.sedang sedang sahaja. Dia tak pernah cakap dengan laki.tipu, cuma tak pernah berborak dengan laki. sekadar bertegur sapa. Masuk form 1, ya allah selekehnya.. Macam trend dulu, tudung bolat,sampai ke depan,cover mata (nasib dia tak juling), kasut putih, dan dia ni tak reti pakai kasut bertali sampai dia habis sekolah. lucu :) 

Apa itu cinta? Memang dia tak pernah tahu, tak pernah faham. Novel cinta? si A ni tak layan.betul! Sekadar tengok cinta cinta monyet di sekeliling, yang kawan kawan dia macam terapung,sengih kambing sorang sorang. Apa yang seronok? 

Form 1, form 2, ahh tiada apa yang menarik. Semua macam biasa, rutin biasa seorang pelajar. Form 3, something happen. Ya, tahun tu jugak nak PMR, tahun tu jugak pergolakkan jiwa berlaku. Seorang lelaki, sekelas, si B namanya. Muka boleh tahan, otak pandai.salute dia disitu ya. Package lengkap, tak kira juniors,seniors, sampai cikgu cikgu pun suka. Si A ni, memang tak pandang pun si B, sebab tak menarik pun bagi dia. Yang si A tahu, fokus untuk PMR,satu ja target. Start kelas tambahan, kelas malam, macam macam kelas lah, sampai kelas khas untuk budak budak yang dapat low marks pun si A ni join. Pulun ya pulun. Mula di situ, si B cuba mendekati si A. Si A memang takut, khabarnya si B ni kasanova atau ringkasnya Buaya darat. Kawan kawan si A ni tahu, lalu menasihati si A selalu. Selalu ingatkan siapa si B sebenarnya. Demi hari hari, detik demi detik, perempuan tumpas juga kan dogaan lelaki. Sekadar beri gula gula, sekadar buat revision,study sama, sekadar teman si A pulang sekolah, akhirnya si A layu. Terpaut hati sucinya kepada B. Di endahkan nasihat kawan kawan si A, menurut sahaja kata hati. Rapuhnya jiwa. Jatuh cinta, tak bermaksud mereka mempunyai ikatan istimewa. Si A tetap dengan pendirian untuk fokus PMR.tak mahu ada gangguan. Si B setia menunggu,katanya. Tiap tiap hari Si B menunggu di kelas, senyum melihat si A dari jauh. Si A sampai gerun untuk toleh belakang, Si B duduk di belakangnya dalam kelas. Kalau tiada guru, mereka berkongsi cerita. tetapi Si A hanya menjadi pendengar setia, lebih suka mendengar Si B bercerita. Pemalu. Rahsia hidup Si B sampai sekarang si A simpan ketat. Si B lelaki pertama yang memuji dari semua segi yang ada pada si A. Mungkinkah? Pernah si A menangis dalam kelas kerana tension untuk menghadapi PMR, tetapi si salah anggap kawan kawan  si A. Menuduh si B bukan bukan. Kasihan si B masa  itu. Si B minta maaf sungguh sungguh walaupun bukan salah dia, Si A tak boleh berkata apa.


Hari hari PMR tiba. Semua buat yang terbaik. Si B hanya mampu senyum dari jauh dan menunjukkan "thumb up" setiap hari PMR. Si A hanya mampu membalas dengan senyuman. Itu dianggap peransang bagi si A.ahh kuatkan hati.


Selepas PMR, sekolah anjurkan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang. Antara memori terindah dalam hidup si A dapat bersama kawan kawan.segalanya indah masa itu. Tiada tension,tiada masalah. Semua happy. Si B masih mendekati, cuma kali ini lebih serius. Tindakan berani mengajak si A berpacaran, istilah senang "kapel". Si A memikir sampai berhari hari, mesej mesej si B tidak dibalas, semua call tak diangkat. Ya allah, si A tak tahu apa yang patut dia buat. Hatinya memang pada si B, tetapi.... Si B buat tindakan bodoh, menoreh tangannya dengan nama si A,sehingga berdarah. Si A rasa bersalah. Si B mengukir nama mereka di pentas sekolah, Si A sampai sekarang tak dapat mencari ukiran di pentas luas itu. Menambah lagi rasa bersalahnya. Akhirnya, si A membuka hati buat kali pertama untuk lelaki. Mengharapkan sesuatu yang tak pasti dari si B,tetapi si A berserah. Hari hari mereka indah, segalanya indah bagi orang yang bercinta bukan. Hanya segelintir kawan yang tahu hubungan mereka. Si A mahu merahsiakan.


Selang 2 bulan, Si B mula berubah, mula berubah arah. Mungkin sebab setiap kali si B mengajak keluar, si A tak pernah mahu. Setiap kali si B mahu ajak makan bersama, si A menolak. Mungkin si B bosan. Mungkin si B menyesal. Entah. Dengar khabar, si B mula rapat dengan si C. Baru si A merasa sesuatu dalam hati. Sakit. Sakit melihat si B merapati si C. Adakah salahnya? Tiada lagi seperti dulu. Air mata si A tumpah kerana lelaki. Kawan kawan juga tempat dia meraih simpati. Birthday si A, si B boleh mengatakan dia lupa. Pelbagai alasan diberi. Hatinya pedih. Seminggu selepas birthdaynya, si A mengugut untuk mengakhiri hubungan mereka. Bagaikan dipanah hati si A, si B merelakan. Tiada kata kata pujuk mahupun menyesal. Kejam.


 Apakah yang akan terjadi selepas ini? Nantikan..............................
 BERSAMBUNG>>


Dutchess says : Sedih cerita ni.. hmmm :(

0 899 ohsemm people!:

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)