Sunday, December 5, 2010

154 - Manusia.

Manusia ada perangai berbeza. Kita tak mampu nak ubah, tak mampu nak kata apa apa. Kecuali orang tu dekat dengan kita. Tapi, kalau dah dekat pun, masih tak boleh tegur perangai tu. Kenapakah?


Manusia ada perangai berbeza. Kalau keluarga, caranya lain untuk menegur kesilapan. Kalau kawan, berbeza cara untuk menegurnya. Kalau bukan sesiapa, adakah kita punyai hak?


Manusia ada perangai berbeza. Lain rasa, lain cara, lain pendapat, lain pemikiran. Yang kolot perlu diperbetulkan, yang sombong perlu disedarkan, yang hilang arah, minta diberi panduan.


Manusia ada perangai berbeza. Manusia diberi akal tapi tidak digunakan sewajarnya. Tidak boleh dipanggil bodoh, kerana dia mampu berfikir. Tidak boleh dipanggil kurang ajar, kerana dia telah dididik. Tidak boleh dipanggil dungu, kerana dia telah bersekolah. Tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh!


Manusia ada perangai berbeza. Mempunyai kekayaan tetapi hanya menghabiskannya demi kepentingan. Mempunyai keluarga, tetapi tidak pernah belajar untuk menghargai kewujudan mereka. Mempunyai sahabat sahabat, tetapi tidak bergantung dan menaruh kepercayaan sepenuhnya. Mempunyai Tuhan yang Esa, tetapi tidak pernah menyedari dosa dosa, tidak bertaubat kepadaNya yang maha Pemurah? Allah adalah tempat kita mengadu, berdoa, bersyukur atas nikmatNya. Adakah terfikir sejenak?


Teruskanlah mendabik dada di dunia sementara. Tidak usah mengkritik manusia, jika diri sendiri masih belum sempurna. Ya, kamu! Fikirkanlah.

Manusia perangai berbeza. Manusia oh Manusia! sedarlah diri kamu.


0 899 ohsemm people!:

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)