Friday, November 4, 2011

Kesusahan Kepayahan Kesulitan = Pengajaran

Assalamualaikum!

Aku nak cerita, to be exactly mengadu mengeluh pasal hidup aku yang tak berapa nak stabil kebelakangan ni.

Sepatutnya cuti midsem seminggu lepas aku manfaatkan untuk study Chemistry (Food Chem). Sebab ada test. Dan sekarang aku menyesal. Sumpah menyesal Ya Allah. Menangis pun tak guna dah. Bajet 3 hari balik U boleh cover midterm punya syllabus. Head-banging dekat dinding dalam exam hall la kau farah. Susah! T___T

Lepas merana dalam hall, keluh kesah coursemates kedengaran di telinga, apa pun dah tak guna. Dulu aku sayang Dr. Yaya, tapi sekarang macam dah kurang sayang. Oh kadang-kadang kami panggil Oppa Yaya. He never knew it. Bukan gedik, just saja sebab he's from Korea. Semangat tu lebih sikit. Tunggu bas dekat bus stop sampai setengah jam, batang hidung bas tak nampak lagi. Time tu aku dah takdak mood nak cakap dengan sesapa. Kecewa dengan diri sendiri. Bas sampai, kena duduk dekat dashboard bas pulak. Sakit badan, sakit tangan, sakit kepala. Bukan best pun himpit depan cermin bas. Tak cool langsung.

Sampai dekat kolej, hujan lebat pulak. Bagus! Jalan dalam keadaan basah lencun. Airmata pun dah bertakung, tunggu masa ja. Ya Allah... Malangnya. Ingat nak naik bilik, nak gulung dalam selimut, tidur.

Tak boleh farah, hang ada 2 Lab report yang kena submit esok. 

Yang ni memang buat aku teriak. Pi bilik Alia, macam biasa stay up buat kerja. WiFi kolej macam taik. Memang nak hentak laptop. Bahan apa pun takleh cari. Sat boleh, sat hilang. Sakitnya hati. Lupa, basuh baju dalam washing machine. Konon sambil-sambil. Last-last pagi esok baru aku sidai. Aku tertidur awal sikit, 4 pagi. Alia dengan Su tidur pukul 5.30. Mintak maaf sangat-sangat, otak aku jammed terus.

Bangun 11 pagi, ponteng kelas Statistik. Kuliah dengan tutorial. Teriak lagi. Berdosa tau dak. Rugi ilmu berapa banyak, bersalah dekat diri sendiri,parents. Balik bilik makan sate, tu alhamdulillah. Pastu bersiap cepat semata-mata nak pi fakulti, hantaq Lab report yang PENAT gila nak buat. Dr. Yaya takdak kat bilik pulak. Terpaksa letak dalam box dia dekat luar, kalau ada orang curi report kami tu taktau la T____T

Selesai semua, balik bilik aku sambung tidur. Sebab aku nampak bilik aku goyang-goyang, lantai macam expanded. Tidur sampai lewat petang. Lupa lagi, malam aku kena naik bas balik Perlis. Kalut siap. Memang jadi backpacker saja. Baju tak bawak balik pun. Tunggu bas lama........................ Baru sampai ja stesen komuter, kena lari pecut. Komuter dah sampai dekat seberang. Ingat senang pakai wedges lari naik jejantas tu. Silap, patut aku pakai selipar jamban cukup. Pastu lagi best pintu dah nak tertutup, badan terkapit dekat pintu komuter. Macam patah tulang bahu aku. Semua orang tengok aku semacam, malunya. Gerabak penuh dengan lelaki pulak tu. Okay, aku buat muka cool, padahal rasa nak meraung sakit. Jantung macam tertinggal atas jejantas tadi. Sampai dekat Puduraya aku dah bersyukur sangat. Sedapkan hati, nak balik rumah dah, family duk tunggu. Airmata bertakung lagi. Sumpah aku ni lemah kalau aku simpan pressure lama-lama. Nak lepas tak sempat.

Alhamdulillah, dah sampai rumah pagi tadi. Walaupun aku jatuh terduduk dekat stesen bas tadi sebab tak nampak lopak air tu. Semua aku buat cool walaupun sakit. Kesian ayah terkejut tengok aku.

Semua ni pengajaran buat aku. Dan harap aku tak buat kesilapan yang sama lagi. Cukup lah.
Nasib sekarang ada adik Ijat masyam pengubat luka. Sayang adik.

Buuuboooii!

8 899 ohsemm people!:

ezne ezureen rashid said...

tragisss laaah weiiiiiiii.. kalau aku sah2 muka merah padam masuk coach yg penuh laki.. dah la tersepit.. huhuhuhhu.. alhamdulillah selamat sampai..
selamat hari raya aidiladha.. selamat bercutii :)

Pondok Usang said...

dugaan hidup..teruskan perjuangan.. pasti ada hikmah disebalik kejadian.. mungkin hari ini kita tak nampak hikmah tersebut... =)

♥ the Dutchess said...

Ezne : Amat tragis lah. Huhuhuhuuuu penat smpai nk teriak lah. Slmt hari raya jugak!!! :-)

♥ the Dutchess said...

Pondok usang : terima kasih. Insyaallah :-)

The Bahiyah Rahman said...

tragis siotttt.
hahhaha..raya raya rayaaa.. selamat hari rayaa cik farah..

♥ the Dutchess said...

Bahiyah : huuuuuu huuuu. Sabor je lah..

Selamat hari raya aidiladha *___^

nana hunny said...

sumpah mmg kesian kat farah! tp nasib baik semuanya da selamat..just be strong hunn!! btw, selamat hari raya aidiladha rumet tercinta..

♥ the Dutchess said...

Nana : huuu xpe. Thnks darl..:-)

Slmt hari raya rumet syggggg *_______*

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)