Friday, November 11, 2011

Mitos-mitos cinta

Assalamualaikum.

Sambil dengar lagu jiwang-jiwang dalam laptop ni, baru perasan tarikh hari ni CUN :) Hehe. Kompem ramai yang tringin nak kahwin, bertunang, beranak hari ni.


Okay, tajuk entry aku mau gempakk ja selalu. Tapi memang gempak pun! Haha. Idea datang melompat setelah aku melihat pelbagai ragam manusia kebelakangan ini. Semua ni dari pandangan, pengalaman dan juga pemerhatian sekeliling aku.


  • Hadiah T-shirt | Break up
Yang ni aku rasa macam tak masuk akal sangat. Apa kena mengena? Tapi, dari pemerhatian aku, memang jadi pun dekat kawan-kawan aku. -___-" Bagi t-shirt hari ni, esok lusa or sebulan lepas tu kompem break up. Huihuihui. Scary benor. Tapi aku tak pernah pun bagi t-shirt dekat Encik Y, break jugak dulu. Sebab aku takut benda macam ni la, tapi sekarang udah enggak percaya dong. Haih, tak boleh pakai mitos ni. Kena bagi t-shirt mahal-mahal kot wei baru tak break. Ngeeee~ Haaaa, tapi kalau si lelaki yang bagi hadiah t-shirt kat si perempuan, kompem pulak tak break up. Oh kalau si dia bagi blause ke dress ke baju kurung ke kat korang aku tak tahu la pulak macam mana.


  • Relationship @ FB | Break up jugak
Yang ni pantang kot. Aku tengok ramai ja yang boleh stand "in relationship" beberapa bulan. Lepas tu, single lah pulak. Pastu in relationship. Ada yang lagi pelik aku pernah tengok, married pastu divorced. Sanggup hangpa buat status kontroversi macam tu? Haha, kalau aku sumpah la malu. Malu! So, buat lah single mingle lebih afdal. Bukan nak kata ada sumpahan ke apa, tapi kalau korang ada masalah, putus-sambung-putus situation ka, kawan-kawan pun tak rasa nak muntah tengok kalau status single. Tak sakit mata @_@ Nak loving-loving dalam FB pun just go on. Ada apa dengan status? Huahuahua. Play safe is better. Nanti dah kompem dia jadi laki hang buh la "married". Baru syok. Errr aku cakap ni dari pemerhatian time ada FB dulu. Sekarang tak tahu lah status pakat jadi apa. "in relationship" lagi ramai orang nak masuk jarum. Bahaya.


  • Message 24hrs. | Cepat bosan
Yang ni boleh la aku bagi pandangan peribadi aku. Species homosapiens XY amat pantang bila si XX message 24hrs. Woiii RIMAS! Lebih kurang macam tu lah. Aku sendiri pun bosan kalau asyik message ja. Sampai topik pun habis meter. Fine, sekarang ada BBM dengan WhatsApp, lagi lah bosan sebab message masuk cepat sangat sampai tak dan nak kentut pun. Jarang-jarang lah message, baru rindu. Wehehheehe! Main push and pull situation, baru syok. Lelaki tercabar sikit ego dia bila kita buat jual mahal. Baru kalut cari. Message benda penting sudah. Kredit pun jimat.


  • Tuju lagu jiwang | Petanda
Benda ni ikut persepsi masing-masing la. Kalau si lelaki tu memang kaki jiwang, dia tuju lagu genre macam ni  kat si perempuan tak ada masalah. Lagi melting perempuan tu *___* Tapi, kalau si lelaki tu tak pernah pun layan jiwang sebab dia layan punk, tetiba ja tuju lagu jiwang-hati-luka-meleleh, something wrong dear. Mungkin dia memang maksudkan lirik lagu putus cinta itu. Waaaaaaaa, takut! Jangan nak comfortable sangat bila dia nyanyi lagu-lagu jiwang. Lebih baik nyanyi lagu Korea yang sepatah-pun-tak-faham tu. Teringat zaman masyuk jiwang dolu-dolu, tapi Encik Y memang mat jiwang dari sekolah lagi. Hihi. 



  • Masak makanan yang si dia suka | Perut terikat, hati tergugat.
Pernah dengar kan pepatah omputih, "To win his heart is through his stomach". Nampak sangat lelaki kuat makan kan. Haha. Tetapi, kena remind korang, nak masak tu jangan masak makanan yang mak dia kompem lagi terer. Seperti, gulai, asam pedas mahupun ayam masak kicap. Lelaki memang akan anggap masakan mak diorang ja yang terbaik. So, jangan biarkan diri korang dibanding-bandingkan dengan mak mentua. Hehe. Kita gadis millenium kan, so tunjuk skill yang kompem mak dia takkan terer masak. Spagetti dan choco moist cake cukup kot. Ala-ala western ni kita la terer kan! Huahuahua. Pastu wajib mak dia pun merasa apa yang kita masak. Bukan setakat hati dan perut dia kita ikat, angkut dengan mak dia sekali. Weehhehe! Mesti cuba, menjadi tau. Baru la long lasting relationship. Bukan takat maintain muka lawa ja.

Terharu. 3 tahun lepas; I wish its today.


Thats it! Kering sudah otak aku. Haha. Assignment pun tak siap lagi.
Boleh ikut apa yang aku merepek panjang-panjang ni, just suka-suka pun boleh. Nama pun mitos wei.
Nothing yang pasti dalam hidup ni.

Jodoh dan mati Allah tentukan. Itu pasti.

Buubooiii!

Dutchess said : Teringin nak jogging bagi kurusss.

6 899 ohsemm people!:

NiaSuriAnnie said...

Btul, cun btul tarikh hari ni..;)..
Best entry...^_^V..

C.M.Hasib CH said...

spa cik Y?? waa... ce cita2.. ^^

cinta tu mcm sambal belacan... pedas mcm mn pun mkn gak.. ;)

ezne ezureen rashid said...

masuk akal jugak wehh benda nih... yang pasla baju tuh xmasuk akal.. tapi banyak yg jadii.. bab masakan tuh mmg btoi! n msej 24 jam

♥ the Dutchess said...

C.M Hasib CH : ehhh tak kenai ka? haha dia manusia la :P

setuju statement hang! pedas tapi sodap

♥ the Dutchess said...

Ezne : Hahahaha aku coret apa yang aku tengok dgn apa yg pernah aku lalui :) hehe. Mmg byk jadiii dahhh hehehe

♥ the Dutchess said...

NiaSuriAnnie : Hehehee.. Thankss! :D

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)