Wednesday, February 1, 2012

Cakap Cermin Diri



Bertemankan Ho Ho Horlicks satu mug kat sebelah, mata yang masih segar sebab aku dah tidur petang tadi, so aku dah insomnia untuk malam ni. 


Malam ni terasa nak rasa meluahkan segala rasa. Rasa-rasa ada yang rasa? 


Aku lebih kurang nak cakap pasal cinta. Okay, topik hot dan agak bajet kan. Tapi bukannya aku nak cerita sweet sweet bagai sampai hampa nak muntah. Oh nehi haiii! Salah anggapanmu.

Cuma luahan hati yang ikhlas. Dan aku cakap siap-siap, aku tak reti bermadah.

Senang jatuh cinta, tapi susah bangunkan cinta. Kan? Sesiapa yang tengah feeling macam aku mesti faham. Aku nak bangga aku dah bercinta 5 tahun pun tak boleh. Sebab kami dah harungi macam-macam, putus tengah jalan, suku jalan, tersungkur, alpa diri semua dah rasa. 

Aku ni perempuan. Perempuan mana boleh tengok lelaki yang dia sayang mesej perempuan lain, sembang dengan perempuan lain. Itu namanya cemburu. Oh, aku dulu nampak dia simpan number perempuan lain pun gila cemburu. Jahilnya zaman remaja aku. 

Mengaku jugak dulu sampai menangis meraung bila dia tak balas mesej, tak call. Oh jahil! Hang ingat dia tak ada life sendiri ka. Bila ingat balik, rasa nak gelak sambil head-banging dekat dinding. Semua tu kisah selama 5 tahun dulu. 

Orang nak pertahankan hubungan setahun pun payah, inikan pula bertahun-tahun kan?

Airmata dah habis bertong-tong untuk cinta. Orang cakap bodoh, orang cakap buat teruk. Macam-macam orang boleh cakap. Cuma orang yang ada kat tempat sendiri faham apa yang dirasa. Aku pernah cuba kawan dengan lelaki lain, tapi tak sama. Aku tak lah pathetic sangat, cuma aku tak suka berkawan banyak lelaki. Biarlah stick to the one :) 

Dia kawan baik aku dari 5 tahun dulu sampai sekarang, tahu baik buruk masing-masing, tahu segalanya. Bau kentut dia pun aku cam. Hebat? Kadang kadang jadi musuh sebab dengki dengan results, kadang kadang  bergaduh macam abang adik, kadang kadang macam kaunselor, kadang kadang jadi shopping partner. Jarang berjiwang sebab dah habis ayat kot 5 tahun sudah. Dan aku selesa dengan semua ni, dengan dia. 


Aku pernah tanya, lelaki nak apa lagi? Apa yang tak cukup? Jawapannya simple, TAMAK. Lelaki mudah rasa secure, tambah pulak dapat perempuan yang azalinya baik. Tak salah bagi mereka nak pasang dua, senyap-senyap. Siapa tahu kan? Peluang kedua adalah peluang terakhir. 


Perempuan memang kuat, dan aku juga kuat. Walaupun airmata aku murah sangat. Sekarang, aku dah matang (tak berapa matang sebab baru umo 20 kan haha) jadi aku boleh fikir lebih waras. Tak ada istilah cemburu dah, sebab aku dah redha. Tiada mesej mahupun panggilan dalam seminggu, aku masih senyum, tiada cemburu. Dan dah takda masa untuk aku love sick bagai ni, zaman tu dah lepas. Sekarang ready untuk fasa baru. Aku percaya pada jodoh. Let him go, and if he turns back, he is your destiny. :)


So, nasihat ikhlas aku, jangan just bercinta kosong saja. Jadilah best friend forever. Insyaallah, boleh kekal lama :) dan sehingga perkahwinan. Mudah-mudahan. Amin.

Aku mencarut sorang-sorang ni untuk renungan bersama, semoga kita sebagai perempuan lebih kuat! :)
Bye.

6 899 ohsemm people!:

af said...

:)

♥ the Dutchess said...

Af : senyum. Tak perlu kata apa-apa :)

nana hunny said...

betul!! mula2 mmg payah nak time ble jarang call, jarang mesej..tak mcm mase mula2 "hangatnya bercinta"..tp lame2 benda tu bukan lg jadi isu..as long as dia tak curang, itu dah cukup bagus..couple tak semestinya contact 24/7..yg penting saling ingat selalu..

MISS LANZA said...

hehe sebab kisah hang paling best dan aku suka. :D

♥ the Dutchess said...

Nana : yaaa :) trust itu penting. Kena matang dan kuat!

♥ the Dutchess said...

Miss Lanza : hehe terima kasih :) typical ja hidup.

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)