Sunday, February 5, 2012

#Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul :)
Tetiba rindu selawat ramai-ramai dekat sekolah dulu.
Meriah kan.


Sempena hari lahir Rasulullah SAW, aku macam nak buat perjanjian dengan diri sendiri. Berjanji benda yang boleh mengubah cara hidup aku, cara pemikiran aku, cara pertuturan aku mungkin. :)

Aku ni memang la pada fizikalnya nampak kuat, alaa macam tembak tapi tak mati. Kebal, KONON. Confidence tak payah cakap la, melebihi tahap maksima, lebih-lebih lagi kalau mempertahankan sesuatu yang aku rasa patut dipertahankan. Tapi, deep inside, I'm still fragile, easily broken.

Sejak azali lagi aku ni tak boleh kena psycho, mesti terus down. Oh kena mengata sikit dekat sekolah, confirm balik rumah nangis sorang-sorang kat bilik. Padahal kecik punya hal. Lembik sungguh, well thats me. Tu tak masuk lagi kalau gaduh dengan kawan, macam kawan pinjam benda style tak reti nak pulangkan. Serius aku tak reti tunjuk aku ni marah, tapi balik rumah mengomel sorang-sorang. Entah siapa yang dengar. Tapi, itu aku dulu. Tak pandai sakitkan hati orang. Boleh cakap pure jugak lah, semua benda malu. Malu tak kena tempat! 

Kemudian, ehemmm zaman sedikit otai, masa tu aku ingat Form4 and Form5 kot aku dah jadi macam kurenggg asam sikit. Alaaa biasa la, kawan pun dengan geng otai.*gimme ten geng yang sedang baca ni* HAHA tapi otaii bukannya jahat, cuma nakal. Pandai ponteng itu ini, pandai chill-chill kat Kangar (well, Form3 baru aku reti lepak Kangaqqq okayyy, thankyou Athirah *__^), pandai semuanya lah. Ehem, okay SPM still tak terabai. Otai baik ni *____* Time tu lah aku pandai meng-ekspresikan diri aku, tunjuk apa yang aku tak puas hati, luahkan segala yang aku rasa. Okay, dah pandai cari gaduh >.<" Marah orang pun dah pandaiiiiii. Lepas tu pandai nak bercinta hewhewhew GALAK! Menarik sungguh zaman remaja. #precious

Meningkat dewasa, aku still terikut zaman remaja yang agak jahil. Mana hilang diri aku yang pandai pendam rasa, sebab sekarang macam mulut terlekat jugak caci maki sebab tak puas hati, marah sana sini sebab.. Entah macam-macam sebab. Aku mengaku aku banyak berdosa dengan orang, tapi orang lain pun...? Allahualam. Kawan-kawan? Oh ada yang tersisih dan menyisihkan aku. Dah penat aku rasa mengeluh dan menangis untuk mereka. Pantang aku dengan manusia yang suka dengar sebelah pihak, sebelah pihak lagi macam mana? Bukan tak adil dunia ni, manusia yang tak adil. Biarlah, aku dah penat :) Move on. But I'm always forgiving people, but I'll never forgetting them.

What you said, it will affect me TOTALLY. 

So, hari ni, malam ni, I'm just make a deal with myself, my own life. Aku dah takmau fikirkan orang lain, lebih fikirkan diri sendiri. Sebab itu yang mama selalu ingatkan. Kalau orang cakap,"Eh, boleh ka macam tu?macam ni?" Lepas ni aku mesti akan jawab, "Boleh la, hidup aku, bukan hidup hang :)" Nak refresh-kan diri sendiri dengan ilmu, dengan pengetahuan. Kurangkan omong kosong ataupun gossips murahan, sebab dosa dah banyak. Subhanallah. Kan elok kalau masing-masing jaga diri sendiri? Jadi lebih mudah hidup ni. Stop the hatred, spread the LOVE! :)

She knows me better. All things :)

Bye. #newMe

4 899 ohsemm people!:

ezne ezureen rashid said...

welcoming the new you

The Bahiyah Rahman said...

kat blog punn ada #hashtag?

hehehe..

support u.

♥ the Dutchess said...

Ezne : Yesss :)

♥ the Dutchess said...

Bahiyah : Besa laa, terikut cara twitter kan hehe. Thank you :)

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)