Tuesday, March 27, 2012

My Heart Speaks


Assalamualaikum.

Bila aku marah, aku diam. Menangis, aku menangis. Aku okay.

Tengok cermin. Oh, hodohnya muka menangis. Kan dah tak cun, tapi comel.
Mata bengkak. Salah siapa?

Tanya mata, mata kata arahan dari otak, sebab tu airmata mengalir laju. Bukan salah mata. Bukan.
Tapi ingat, airmata bukan tanda lemah.

Wahai otak, kenapa neurons aku tak stabil, kenapa setiap masalah impulse ke mata yang sampai dulu?
Otak mesti kata, tanyalah hati. Semuanya dari sana. Otak untuk fikiran waras sahaja, tak waras dari hati?

Turun ke hati. Selami hati. Hati perempuan.
Bila tanya sama hati, tak penat ka jadi terlalu rapuh? Punca semua benda jadi lemah.

Hati kata, sememangnya tubuh perempuan lemah. Bukannya hati. 
Cuba fikir. Cuba rasa. Betul kan?

Kalau lemah, bagaimana aku mampu tersenyum kala duka?
Kalau lemah, bagaimana aku mampu bertahan walaupun sakit?
Kalau lemah, bagaimana aku mampu berkorban walaupun payah?
Kalau lemah, bagaimana aku masih ada di sini..

Menangis cuma cara mengeluarkan segala rasa.
Menangislah.

Hati perempuan kuat. 
Dan aku pun kuat. Jangan lupa, Allah SWT sentiasa ada :)



Rindu Muhammad Izzat Faez.
Kakak rindu saat ini. 

*not about love, not about anyone. Just about me. Subhanallah.

0 899 ohsemm people!:

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)