Monday, May 7, 2012

Fikir, fikir.


Assalamualaikum.

Pagi-pagi buta macam ni aku masih tak boleh tidur. Walaupun hujan renyai-renyai kat luar. Sejuk. Mata tak boleh pejam.

Bukak belog itu, belog ini. Amboi, bahagianya. Kahwin muda. :)


Satu-satu aku baca, aku teliti. Seronok, bahagianya. Alhamdulillah, buat kawan-kawan yang sudah diijab kabul sebagai isteri, dan untuk yang bakal tak lama nanti juga. Alhamdulillah sudah menjadi halal.

Aku? Teringin juga. Bohong kalau cakap tak cemburu. Ahh mesti ada perasaan ingin kahwin. Tambah pula dah ada pilihan hati.

Kahwin awal boleh elak fitnah, maksiat dan zina. Pahala berganda bila kahwin. Aku pernah cakap dekat mama cakap aku nak kahwin, dekat mama je lah. Ayah? Huish tak berani. Hehe. 

Mama balas simple ja, diri tu dah ready? 
Aku diam.

Memang tak ada maknanya. Siapa pun yang nak kahwin, kena fikir dulu soalan, diri dah ready? Bagi aku, ya aku, yang dah fikir sedalam-dalamnya, memang aku tak ready langsung. 

Hidup masih tak stabil, aku pun tak habis belajar lagi. It depends on the person. Tapi bagi aku tak boleh. Macam mana nak tengok dan jaga suami, bila assignments berlambak? Oh kusut. MasyaAllah, tak mampu diri aku ni. Untung siapa yang pandai bahagi masa.

Ibadah pun masih tak sempurna. Ya, aku kena mengaku. Macam mana nak pikul tanggungjawab besar sedangkan tanggungjawab individu pun lalai? MasyaAllah. Lelaki mahupun perempuan, fikir.

Nafkah? Alhamdulillah, bagi yang dapat suami yang bekerja/mampu, eloklah. Bagi yang sama-sama belajar, tak ada pendapatan? Tak sesuai rasanya, kalau bergantung kepada ibu bapa jika dah berkahwin. Tak best. Macam mana nak bela isteri, anak? Kena fikir dulu.

Benda tak elok kita boleh elak. Fikir, fikir. Pandai jaga diri, jaga hati. 
Bila aku dah mampu nak kahwin nanti, InsyaAllah aku pastikan masa dan tenaga hanya untuk keluarga baru :) 

Sekarang, ayuh belajar, belajar selagi mampu. Capai cita-cita. Balas jasa mama ayah. Ubah diri jadi lebih baik dahulu. Itu pun pahala kan.

*Ukur baju di badan sendiri. Tak perlu ikut orang kahwin awal, diorang mampu. Kau mampu?

0 899 ohsemm people!:

Post a Comment

Komen la budak Comel! :)